Register now and get RM5 discount coupon!
Jom Cuba Resepi Ini Pada Bulan Ramadan

Bagi sebilangan ibu, penyusuan susu ibu merupakan satu perjuangan, terutamanya bila anda di bulan Ramadan dan mengalami masalah bekalan yang rendah. Namun jangan risau!  Terdapat banyak makanan yang boleh bantu meningkatkan jumlah susu ibu yang dihasilkan. Disini kami satukan resepi makanan tambahkan susu badan yang sihat dan seimbang yang dikongsi oleh Mommies kita bagi membantu ibu menyusu meningkatkan bekalan mereka!

Jom kita cuba buat!

Resepi mudah untuk tambahkan susu ibu

#1. Resepi Coklat gelap, oat dan buah delima - Nurul athira

Bahan-bahan:

  • 120gram oat
  • 1 sudu kecil coklat cip gelap
  • 120gram buah delima
  • 1/2 cawan oat milk

Cara-cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan dalam bekas, tutup dan sejukkan buat seketika.
  2. Sahur keesokan hariya, anda boleh menikmatnya dan tambah susu oat untuk rasa yang lebih menarik.

 

#2. Resepi Bobbies bites - Puteri.W

Bahan-bahan:

  • 1 cawan oatmeal
  • 1/2 peanut butter
  • 1/2 cawan biji rami
  • 1 cawan kelapa yang telah dikisar
  • 1/3 cawan madu
  • 1/2 sudu Yeast
  • 1 sudu vanila
  • 1/2 gelas coklat cip mini

Cara-cara membuat:

  1. Campurkan bahan kering terlebih dahulu iaitu oat, kelapa, coklat cip minit, brewer’s yeast dan biji rami.
  2. Masukkan peanut butter, madu dan vanila. Kemudian kacau rata.
  3. Sejukkan sekurang-kurangya 1 jam.
  4. Keluarkan dari peti sejuk dan bulatkan jadi bebola kecil. Selamat menikmati.

 

#3. Resepi Kurma merah dan teh longan - Mommy Khiza

Bahan-bahan:

  • 25 biji kurma merah
  • 18 isi buah longan
  • Beberapa biji wolfberry (jika ada)
  • 1 liter air
  • Gula perang

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Semasa air mendidih, rendam buah kurma merah dan longan.
  3. Rebus dalam api sederhana selama 20 minit.
  4. Tambah lebih kurang tiga sudu gula perang.
  5. Kacau seketika dan tutup api.

Selamat mencuba dan semoga info ini bermanfaat untuk anda pada bulan ramadan ini!